Kegunaan kini Tiangan

Tiangan ini masih digunakan di China dalam pengiraan sistem yang serupa dengan cara abjad digunakan dalam bahasa Melayu, iaitu:

  • Gred (pemarkahan) pelajar: dengan Yōu (優 "Cemerlang") tambahan sebelum Jiǎ.
  • Nama-nama dalam dokumen dan kontrak sah yang sama peranannya dengan A, B, C, etc. dalam bahasa Melayu.
  • Pilihan dalam peperiksaan, pantauan pelbagai pilihan dsb.
  • Penamaan bahan-bahan kimia organik (cth. metanol: 甲醇 jiǎchún; etanol: 乙醇 yǐchún)
  • Penamaan penyakit (Hepatitis A: 甲型肝炎 jiǎxíng gānyán; Hepatitis B: 乙型肝炎 yǐxíng gānyán)
  • Penamaan liga-liga sukan (Serie A: 意甲 yìjiǎ)
  • Nama-nama vitamin (namun kini, di sini sistem ABC lebih laris digunakan)
  • Penamaan watak-watak yang mempersembahkan dialog dalam teks ringkas (甲 mulakan dahulu, 乙 menjawab)

Korea dan Jepun juga menggunakan tiangan pada dokumen sah secara demikian. Di Korea, huruf-huruf gap (甲) dan eul (乙) digunakan secara konsisten untuk menunjukkan kontraktor lebih besar dan lebih kecil (masing-masing) dalam kontrak sah, dan kadang-kala digunakan sebagai sinonim untuk tujuan sebegini; kegunaan sedemikian agak laris di kalangan golongan pandai IT di Korea.